Super Angle★
Sweet Heart Owner ♥



I'm Umi Amira

Bonjour Guys! Hello there ! You was stuck in my blog.
Welcome to my Super Awesome.
Please be nice to me . Don't judge me by it's cover.
No Haters, Copycats and Anon here.


Super Awesome ♥



Story About Links Goodies


My Swag ♥



Take a chance! Satu senyuman mampu menyembunyikan seribu kesedihan.


Super Angle ♥


Skin Made by Aina Humaiya
Background Founder by Umi
Best view in Google Chrome only
Cursor by Umi Amira & Umi Amira
Aku kembali :)
Monday, February 11, 2013 | 11:14 AM | 0 BlackWhite
Hai, Assalamualaikum dan selamat sejahtera, istimewa buat yang sedang membaca . Haha , Ohh seriously , dah lama gila aku tak update blog ni . *tiup habuk* Sorry guys , tak ada masa , bussyyy je memanjang . Nanti ada masa , aku update kay . P/s : Couple itu sementara , ex yang selamanya . Muhammad tetap di hati , Allah sudah semesti ! Love you . Mr A.

Thanks becoming my supports ★
Friday, December 28, 2012 | 10:15 AM | 0 BlackWhite
Bulan, bintang dan juga matahari , adalah saksi , taat setianya aku kepada Ilahi . Kini, aku cuba untuk kuat kembali . Tanpa sokongan insan yang di sayangi , kerana dia sudah menjauh kini . Jauh mengecapi kebahagiaan yang tidak pasti menjadi realiti .

Aku memandang mereka dengan penuh iri hati , namun aku cuba untuk bangkit dan berserah kepada Ilahi . Kerna aku tahu , hanya DIA satu satunya yang hakiki , dan mampu memberi aku sesuatu yang pasti .

Setelah semuanya terjadi , aku cuba untuk bangkit melawan nafsu hati , dan sudah pasti , ada sahaja insan yang menawar diri , menjadi penyokong tidak bergaji . Kerana mereka prihatin akan diri ini , yang acap kali sering di sakiti :')

Bukan tujuan untuk meraih simpati , cuma meluah dan ingin berkongsi , apa yang merundum hati . Dan semestinya , sebagai muslimah sejati , haruslah menjaga aib peribadi . Agar tidak di pandang keji , penghasut dan pencaci , alam duniawi .

Sekalung budi dan terima kasih ikhlas dari hati ini kepada orang yang teramat disayangi . Sesungguhnya , jasa , pengorbanan , kebaikan , mereka tidak dapat di jual beli . Mereka sentiasa di sisi tatkala sedih , duka , ribut taufan datang melanda .

For the first time , very proud to be with him and also lucky if can be the one in his heart :'> So! That you are , my sweet love : Ily :)

                                                 ♥ Pengerang jantung hati ku ♥
Sudah semestinya mereka adalah yang pertama dan tersemat di dalam hati ini. Untuk selamanya, No one can replace you in mylife. Ibu ayah yang tercinta :* Mohd Bakirudin Bin Hj.Abdullah,51. Hasnah Binti Abas,50. Mira sayangkan mak,abah :') *Bismillah. Ya allah , kau panjangkan lah umur mereka , sesungguhnya aku lemah tanpa mereka . Azam aku adalah untuk bawak mereka ke mekah menunaikan rukun haji . Menggunakan duit aku sendiri ,hasil titik peluh usaha aku selama ini . Aku nak balas jasa dan pengorbanan mereka . Sesungguhnya  kasih sayang,jasa dan pengorbanan mereka tidak setanding dengan wang ringgit . Hargai dan hormati lah kedua ibubapa selagi mereka masih benyawa di muka bumi ini :)


                                                         ♥ My sibling ♥
Bermula dari kanan berdiri , Umi Kalsum,21, sebelahnya Muhammad Syairazi,23 . sebelahnya lagi, Of course lah aku ,Umi Amira,17. And sebelah aku pulak , Muhammad Khuzairy,19.  
Duduk di hadapan bermula dari kanan , Akak aku yang first,Nur Hasrida,30. Duduk sebelah dia tuh suami dia , Sheikh Mohd Mustaffa,31 , And budak kecik yang kat tengah tengah tuhh anak hasil perkahwinan mereka,Nur Adriana Wadihah,4. Sweetkan? :)

                                          ♥ Nur Hasrida Binti Mohd Bakirudin ♥
Akak aku yang pertama. Dia lah yang amik aku bawak pergi Melaka and pulihkan semangat aku dekat sana . Sepakat dengan abang ipar aku bawak aku pergi bercuti dekat PD . Dekat sana aku kena tanam dalam pasir semata mata taknak tengok aku menangis lagi . Haha . Berada dengan dia banyak mengajar aku dan membuka minda aku . Terima kasih , ustazah :'> *kesat airmata kegembiraan*


                                              
                                              ♥Umi Kalsum Binti Mohd Bakirudin ♥
                                                           Akak aku yang ke-3 .





Bottom one , two three is
♥ Ikmal Farid and Ahmad Syahir Aizat ♥
Mereka adalah watak utama dalam hidup aku, diorang ni best, tapi ada masa boleh tahan sentap jugak lahh dengan perangai diorang ni . Tapi tu lahh rencah kebahagiaan bila kitorang bersama . Jutaan terima kasih ikhlas dari hati aku untuk korang . Dan aku nak korang tahu , yang aku sayang korang! Sememangnya aku tahu, hati korang sangat mulia *babyface* :')

♥ Nurul Farinah As'aari ♥
My backbone . Haha , tengok muka dia pun dah tahu dia ni ceria orangnya. Kalau lepak, tak berhenti ketawa . Aku akui , aku terlalu sayangkan dia , tapi aku tak mampu nak bahagikan dia macam mana dia bahagiakan aku .But dia ni seorang yang memahami . Dan dia tak kesah sebab dia kenal and tahu aku macam mana , hm maybe? Haha . Sebab tuh lah aku sayang dia . Sorry, Farinah :') Kalau kau nak tahu, bersama kau buat aku mengerti maksud kawan sejati . ILY :*


♥ Nur Balqis binti Ismail ♥
She my adopter sis okayy ! Please don't take Balqis from me ! Kalau nak jugak? Langkah mayat aku dulu!
Wahh ganas , wkwk . Okayylahh , jujur aku akui , aku takut kehilangan dia , tapi dia ni bagus taw , memahami dan tahu apa yang aku nak . Selalu dengar masalah aku dan semestinya cuba tenangkan aku . Walaupun aku tahu ada masa dia curang belakang aku . Huwaa :'<   *Ohh nevermind*
Thanks a lot from my deep heart only for you dear . Happy anniversarry 7 Month :*

                                            ♥ Muhammad  Azman ♥
Aku harap persahabatan kita ni kekal selamanya , terima kasih weyy sebab selalu caring pasal aku . Walaupun perkenalan kita singkat , tapi aku selesa bercerita dengan kau . Sebab kau jenis tak kesah ! Yeahhh! Cam tuhh lahh~ Hah,jaga tahi lalat kau betul betul taw? Orang kata pemanis wajah . Mahal tuhh. Iye tak? Haha *flip hair*


                                            ♥ Khairul A.K.A khairul boyzz ♥
Dia ni scandle aku, Haha tak masal . Lebih tepat teman tapi mesra  . kalau jumpa macam adik beradik . Tapi dia ni macam pendiam lah . Kenapa ek? Pemalu kot? Haha . Tapi takpelahh . Sekarang dia dah jumpa orang yang betul betul sayangkan dia . Syazwani . Aku harap kak wani boleh jaga dan sayang dia macam mana kak wani sayangkan diri dia sendiri . Sebab aku bahagia bila tengok dia bahagia . Aku takut weyy kalau khairul ni kena game lagi . Wuuu, enough! Semoga percintaan diorang kekal sehingga ke jinjang pelamin, Aminn. Yes ! we are rock ! xD Thanks Khairul ceriakan aku di kala duka :') Sayang kau , babe <3


                                          ♥ Fairuz Amirul Bin Muhd Yusof ♥
Yang ni pulak my tupperwawe . Haha , bila bersama mesti sakit hati , sedih and geram dengan dia ni . Macam mana boleh kenal? Hah the first time, dia lah yang usha aku , rupanya dia dah lama menaruh hati dekat aku . Haha ganjil kan? Banyak banyak orang , aku jugak dia sangkut .Haha . then text , Otp dan mula lah suka. Tapi tak bertahan lama. Habis nak buat macam mana , dah takde jodoh , So kitorang kawan jelahh mampu . Haha . Btw , thanks sebab pernah hadir dalam hidup aku dan sayang aku . Mybe banyak salah aku dekat kau , tapi aku tahu kau selalu maafkan aku,  sebab kau selalu ajar aku untuk maafkan kesalahan orang lain. Aku sayangkan kau kayy babe? Jaga diri . And makan tuhh banyak banyak sikit . Mana tak kehpeng jeaa aku tengok. Hurm nanti kau dah duduk Kuala Lumpur pulak , dah jauh dari pandangan aku , kau jangan lupa aku dekat sini taw? Nanti nak kahwin , jangan lupa jemput aku? Aku nak tengok buat kali terakhir saat saat kau bahagia :) *Fake smile*


                                                ♥ Asyran Aziz ♥



                                                     ♥Nazmi Nazmi ♥






                                              ♥Muhd Khairul Izuddin Dzulkifli ♥
Adik angkat kedua bagi pihak lelaki . Haha , walaupun dah jarang bersama or contact , but aku tak pernah lupakan dia . Sebab dia pernah buat aku gembira dulu :')



                                                       ♥ Luqman Ibrahim ♥ 
Masih sayang dia ni :* Aku minta maaf kay banyak lukakan hati kau .




                                               ♥Muhd Aidil Hakim Abd.Samad♥



♥  Muhd Afiq Khalid  ♥
Kalau nak tahu , dia lahh orang yang aku ada cerita dekat older post blog aku. He has a simple name right? Same with he heart . Sangat senang nak lupakan orang yang tersayang :)


                                                          ♥ Ekhwan Danial ♥


♥ Aku, luqman, Naim Zulkifli ♥

♥ Muhd Zulhilmy Hasan  ♥


♥ Nazmi,Khairul,Haikal ♥


♥ Farid Imran Sabari ♥


♥ Nadia Adnan, Wan ♥


♥ Muhd Nazrin Yusof  ♥

♥ Nurul Shaehira Binti Mohd Hashim ♥
My true BFF ever and ever :') Aku lagi sayang dia ni , tapi sekarang dia dah jauhhhh. Hurm , banyak kenangan aku dengan dia . Haha , i love you babe :* Maafkan semua salah aku kay? Aku nak kau tahu , kau selalu ada dalam ingatan aku . Seriously aku sayangkan kau . Kau satu satunya kawan aku yang paling lama dengan aku . Jangan lupa aku kay sayangg? :')


♥ Ahmad Syairazi ♥ 
Remember this? Dialahh yang orang yang dok aku bercerita sebelum ni . Hmm nevvermind . He has a newlife now. Btw , kitorang still kawan . *tahan hati*

 Hah mereka mereka semua ni lahh yang menceria dan mewarnai hari hari aku . Secara sengaja atau pun tidak sengaja . Terima kasih semuaaa :* Jasa korang memang tak di kenang :) Kalau nak di ikutkan ramai lagi , sumpah ramaiiiiii lagi . Tapi serious aku tak terlarat lah nak mengadap screen lappy ni lelama  Sorry kayy sesiapa yang aku tak post pic dia . Harap tak terasa hati?  *buat muka comel* . Kalau rasa geram , please PM aku? Nanti aku post lahh kay? Haha . I love you so much , tak kira yang ada pic kat post ni atau tak . Yang tengah baca blog ni pun aku sayang sesangat sangat . K take care ehh? Walaupun korang ada masa ingat aku , ada masa tak , tapi aku tak pernah terfikir negatif sebab aku faham korang busy . Tapi nanti korang pulak kena faham aku kalau aku tak terlayan korang . Haha *gurau* , Sorry babe . Aku nak korang tahu , aku tak pernah lupa kan korang . Satu satunya orang yang boleh buat aku tersenyum adalah kau ! Ingat , jaga diri tak kira di mana kau berada , sebab diri kau amat bermakna. You one in the milion <3 Lastly , please forgive me . Maafkan dan halalkan segalanya dari hujung rambut sampai hujung kaki :')

Assalamualaikumm.

                                                              Sincerely lots of love : Umi Amira Mohd Bakirudin



Its about quotes love for you ;')
Thursday, December 20, 2012 | 11:24 AM | 0 BlackWhite









Salah aku ke?
Monday, December 17, 2012 | 9:53 PM | 0 BlackWhite
Hari ni aku rasa aku nak luahkan apa yang aku pendam selama ni. Aku harap lepas je aku luahkan semuanya, orang tuh boleh buka fikiran untuk berfikir jauh. Aku tak kesah kalau dia marah atau benci aku, tapi sekurang kurangnya aku cuba untuk nasihat dan perbetulkan salah dia. Kalau nak cakap depan depan dengan cara bertapis supaya kau tak terasa hati, aku rasa susah. Tersangatlah susah. So ni jelah caranya.

Dear Mastura,
Kau sedara aku kan? Sedara yang aku sayang sangat sangat. Kau pun tahu tu? Kita dari kecik bersama sampai lah umur kita dah nak 18? Kiranya dah 17tahun kita bersama? Sakit,sedih,duka kau semua aku tahu dan kita kongsi sama sama. Kita gaduh teruk tetap balik semula? Aku sayang sangat sangat semua tuh. Tapi kan, kenapa kau buat aku macam ni arh? Kau pernah tanya pada diri kau tak ''Hari ni aku ada buat salah kat sesiapa? Pernah tak? Kau banyak kali ajar aku untuk soal diri sendiri apa yang dah aku buat. Tapi kenapa kau tak tanya diri sendiri 'Apa yang aku dah buat dekat Mira?'
Selama ni aku ikut apa cakap kau, susah aku , aku abaikan untuk cuba penuhi apa yang kau nak. Tolong kau, dan macam macam mas. Tapi kau tak hargai dan tak pernah hargai . Aku pun ada hati dan perasaan . Masalah dengan sedara bagi aku sesuatu yang sulit dan payah buat aku luahkan pada semua orang , tapi kau , mudahnya bercerita tanpa soal selidik . Aku harap kau tahu apa yang cuba aku sampaikan . Aku tak pandai nak create cerita dekat  semua orang macam yang kau buat . Hurm , aku taknak cerita lebih . Aku nak face to face dengan kau . Tapi aku tahu , kau tak kan tahu yang aku nak face to face dengan kau sebab kau mana pernah jejak kan diri kat blog aku ni . Haha , K lahh , bai . Iloveyouuu :*

The moment is killing me :')
Saturday, December 1, 2012 | 1:40 AM | 0 BlackWhite
Hai awak ! Hai ebelibadii . Hurm awak awak? Awak ingat tak tarikhh 7 september? Second day kita jumpa? Haha , masa tuhh memang hari paling kelakar lahh saya rasa . Bagi saya lah , tak tahu pulak bagi awak? ><  Ya allah , seriously harituhh saya asyik nyakat awak je kan? Dekat batu park Marina? Awak pakai baju biru time tuhh? Saya , mas , izaaz pakai baju putih? Kita lepak lepak , Then masa nak balik tuh , saya nak bawak rzx pulak?  Member awak pun layan kan kan? Haha , that moment is very fun k  :')


                     

 Okayy, ni saya tweet sebelum saya kenal awak lagi , dan awak tahu tak, lepas kita kenal , semua ni terjadi dekat saya , mybe ni petunjuk buat saya kot :')

                     
                     
                     

And this , saya harap tuhan perkenankan doa saya. Ya allah , memang aku lemah tanpa dia, dan aku masih berharap dan menunggu dia. tapi kalau semua itu membuat aku makin menderita, kau hilangkan lahh perasaan ini buat selama lamanya . Sesungguhnya engkau mengetahui baik buruk akan sesuatu :')

                    


Dan tarikh kita couple pulak 26 September and kita break beberapa hari lagi nak anniversary kita yg ke 2 bulan? Sebab , hurmmm saya taknak cakap lagi , takut dia cakap 'ITU PUN NAK KECOH'  :')
                           

Ahmad Syairazi Afnan , Missing you make me crazy . Please don't leave me alone :') Come back and hug me back . Awak, ingat semua pesan saya? Jaga diri baik baik . Tak kira di mana pun awak berada . Ohkayy? Remember me .
Wassalam . 




December Wish .
Friday, November 30, 2012 | 10:10 PM | 0 BlackWhite

                           

Welcome dear december, and goodbye my crush november  :*
Nampak tak apa yang aku harapkan pada bulan december ni? Aku harap aku dapat lupakan dia. Memang betul lah dia bukan milik aku lagi , seriously aku terpaksa lupakan dia. Buat apa aku masih mengharapkan sesuatu yang tak pasti? Walaupun sayang , tapi nak buat macam mana? Memang susahlah kan? Hai kenapa lah kau buat aku macam ni? Sampai sekarang , aku masih tertanya tanya lagi , mana pergi janji kau dulu? Ke aku yang tak tahu yang kau ni jenis memang suka mungkir janji? Aku memang nak kita kawan macam dulu, tapi hati aku sendiri lah yang sengsara. Hm, bukan senang weyyyyyyyy !

                Bila aku duduk aku pasti akan,
                  :'(

Selalu sangat aku buat macam ni . Sebab? Sebab aku sayangkan kau. Aku masih simpan semua msg msg kau, kenangan kita sedangkan aku tahu semua tuh pasti buat aku menderita. Tapi, aku sayangkan semua tuh :'(   Hurm awak, kalau betul awak dah bahagia dengan dia , tolong pergi dari hidup saya? Dan saya tak kesah kalau awak dah bahagia dengan dia , tapi jangan tunjuk depan saya.  Dan satu saya minta , tolong cakap yang awak benci kan saya! Supaya saya boleh berhenti berharap dari menunggu awak. Boleh kan? Waiting you is killing me sayang . Sekian :')

When you hold me , i'm alive like a diamond in the sky :')
Monday, November 26, 2012 | 2:00 AM | 0 BlackWhite
Banyak bintang dekat atas sana , tapi ada satu je bintang yang begitu istimewa . Bintang tuh baik dan terlalu cantik , sentiasa bersinar dan sesiapa yang melihatnya pasti tersenyum . Saya dah cuba pelbagai cara untuk tarik perhatian bintang tu dan sanggup menangis sebab takut kehilangannya . Tapi disebabkan saya terlalu lemah , saya tak mampu nak jaga dia . Mungkin sebab dia terlalu istimewa ,sampaikan ada orang lain yang cuba rampas dia dari saya . Walaupun saya tak mampu nak jaga dia dia selalu ada dalam hati saya . Saya akan selalu perhatikan dia dari jauh untuk hilangkan rasa rindu saya dekat dia . saya sedar saya hanyalah permata biasa yang tak mampu jaga bintang tuh. dan mungkin saya tak layak untuk dia . Saya harap walaupun sekarang bintang tuh dah jumpa bulan nya. Dia akan selalu ingat akan orang yang pernah sayang dan jaga dia dulu . Saya pernah berharap untuk menjadi bulan pada bintang tuh untuk selamanya , tapi semua tuh hanyalah sementara . Saya harap bulan tuh akan jaga bintang saya :')  #Bintang tuh adalah awak sayang :')

Everything has ended :')
| 1:19 AM | 0 BlackWhite
The moment .
Acai : Awak , awak sayang saya tak?
Aku : Tak penting pun .
Acai : Okaylah , tuh pun dah tak penting bagi awak . Lepas ni jangan contact saya lagi . Assalamualaikum .
Aku : *Terkedu* Awak ! sayangnya saya dekat awak bukan dengan kata kata wak, saya terlalu sayangkan awak sampai tak mampu nak diungkap dengan kata kata . Tapi kenapa dengan mudahnya awak lepaskan saya?

Awak, kenapa awak tak pernah berterus terang dengan saya yang awak tengah tunggu orang lain ? Lagi bertambah rasa bersalah saya, awak dah tunggu orang tuh dah dekat 5 tahun? Saya terkedu bila dapat tahu semua tuh.
Hm, pagi tadi aku pergi joging, lepas balik joging , aku nak pergi kelas tuisyen. So, pagi tuhh aku pergi joging dulu. Lepas habis 3 round aku joging, aku baru perasaan aku ada kehilangan something? Aku fikirkan member aku dengan yus nak sabotaj aku, rupanya tak!. Memang sah beg aku kena curi , Pehh! Badan aku terus lembik weyy. Membe aku dah pegang aku suruh  rilex, si yus perasaan ada someone duduk dekat motor aku masa aku tengah joging, tapi dia fikir tuhh abang aku, so dia pun buat tak tahu jelah. Rupanya dia lah yang amik beg aku. Memang bangsat lah kan? Masing-masing cari orang yg yus nampak tuh. Aku tak kesah pasal duit apa semua dalam beg tuh, yang aku kesahkan I/C dengan lesen aku. Tuhh je. Dah lah aku tengah SPM sekarang ni. Pehh mana nak cekup I/C ni? Hai penyagak, kau nak curi I/C aku tuh boleh tak kau lepaskan aku SPM dulu? Macam mana  weyy aku nak masuk dewan? Hm,then, yus bawak aku pergi buat report, parking motor dekat Sri Jong Abd.Rahman, naik kereta  bapak dia and terus pergi PPDM Muar, buat report gitu gini, settle terus balik. Alhamdulillah lah parents aku faham and tak marah aku sebab aku cuai :'/



Then aku online FB, sekali lagi hati aku down . Aku dapat tahu orang yang aku sayang sebenarnya tunggu orang lain . Dia bukan tunggu aku ! Padahal masa tuh aku tengah tunggu dia . Aku tunngu dia untuk ajak aku couple dengan dia balik . Aku pernah tanya dia,  tapi dia jawab, sekarang bukan masanya . Takpelah aku faham , dan aku masih tetap menunggu. Sehinggalah hari ni, aku dapat tahu yang dia tunggu orang lain? Ohh sebab tuh lah kau taknak terima aku? Sebab kau tunggu orang tuhh? Silap aku dekat mana je hah? Aku sayangkan kau separuh mati, tapi ni yang kau balas untuk aku? Kalau aku di beri pilihan sama ada nak kenal kau atau tak, aku sanggup pilih 'Tak lah weyy' kalau aku tahu ni lah penghujungnya. Kau tahukan macam mana aku terlalu sayangkan kau sampai aku sanggup buat semuanya untuk kau? Aku korbankan semuanya untuk kau . Aku sanggup kena marah dengan keluarga aku. Kau? Kau lah orang pertama yang bawak aku sampai excident, kau lah orang pertama yang jumpa ayah aku, kau lah orang pertama yang aku layan dengan penuh kasih sayang, kau lah orang pertama yang aku baring di riba kau? Ya allah, aku terlalu rindukan kenangan tuhh. Tapi kau? Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau lepaskan aku? Sampai sekarang aku masih tunggu kau ajak aku couple balik, tapi? Satu pun takde, kau cuma cakap sekarang bukan masanya . Sekarang bukan masanya, Kalau aku jodoh kau, jauh mana pun kita pergi , kita tetap akan bersama . Haha bodohnya aku percaya  sebab kau tak nak aku tahu yang kau tengah tunggu orang lain! Kau memang pandai berlakon . Baru aku tau , cai ! Kenapa kau buat aku macam orang bodoh cai? Setia dan tertunggu-tunggu kan kau? Haha . Hati mana yang tak sedih bila dapat tahu orang yang kita cinta sebenarnya mengharapkan cinta dari orang lain? Gila kan aku? Bila ingatkan balik semua ni , aku rasa macam buang masa aku tunggu kau . Sia sia weyy . Sumpah sia sia !! Hei Acai , UNTUK APA AKU BERSAMA DAN MASIH MENUNGGU KAU KALAU BUKAN SEBAB CINTA? Aku, hurm aku sedih sangat bila kau cakap kau couple dengan aku untuk lupa kan budak tuh? Ya allah, fikiran aku dah melayang jauh bila kau cakap macam tuh . Hurm , kalau nak ikutkan , banyak sangat aku nak cakap , tapi airmata aku tak berhenti henti mentits sampai naik kelabu mata aku  pandang screen ni .




To my Dear, Ahmad Syairazi Afnan .
Awak ingat lagi tak kenangan kita? Pertama kali saya kenal awak masa kat tempat joging? Awak diam je? Then kali kedua kat Marina? Haha , time tuhh lawak kan? Saya bawak RXZ membe awak and saya memang tak tahu malu . Haha . Then kita komen dekat FB and chat , sampai lah awak ajak saya couple . Ayat awak , saya terlalu awal suka kan awak , tapi nak buat macam mana? Dah memang saya terlanjur suka kan awak? Awak nak nyanyikan saya lagu kat tanjung? Kita happy kat klinik walaupun tengah sakit? Haha .Dan yang paling saya ingat , saya baring kat riba awak? Kita janji macam macam? Awak tak ingat ke wak? Kenapa semua tuh mesti terjadi? Sakit wak hati saya bila ingatkan balik . Awak memang tak pernah puas dengan apa yang awak dah dapat kan? Apa lagi yang awak nak? Tolong jangan mainkan hati perempuan lagi boleh tak? Ambil semua ni sebagai pelajaran dalam hidup awak . Lepas ni , kalau awak dah jumpa perempuan lain , jangan sesekali sakitkan hati dia macam mana awak buat dekat saya and ex awak yang dulu? Apa yang awak buat tuhh biarlah ianya berlalu . Saya faham awak, mungkin ada sebab kenapa awak buat macam tuh . Awak jangan risau . Semua orang nak kan yang lebih sempurna walaupun diri sendiri tak lah sempurna mana . Yelah , memang bagus pilih yang lebih sempurna supaya dapat menyempurnakan kekurangan yang ada . Tapi jangan lah sampai luka kan hati dan perasaan orang sekeliling  :') Hurm, aku terima apa yang kau dah buat pada aku . Aku redha dengan semua ni . Apa yang aku nak , adalah tengok kau puas , happy dan seronok dengan hidup kau . Cinta pertama itu suatu pembelajaran buat kau . cinta kedua suatu pengajaran supaya kau tak ulangi kesilapan yang lalu . dan cinta ketiga itu adalah keperluan . Kau dah temui cinta pertama , dan cinta kedua itu mungkin aku , so cinta kau yang ketiga , aku harap kau jaga baik baik . Tahniah lah  sebab kau nak get back dengan iyla balik . Aku terstop idea bila aku refresh twitter kau and scroll down semuanya . Buat sekian kalinya lagi hati aku terluka lagi . Haha , aku memang bodoh . K thanks . Salam *Peluk ibu*

Happy Birthday to youu :*
Tuesday, November 20, 2012 | 11:35 PM | 0 BlackWhite
Tutup mata dia dari belakang, member semua kumpul depan dia, bukak mata dia and theeeeennnnnnnn~
*Susprisee!!!* 

Happy Birthday to you ! 
Happy Birthday to you !
Happy Birthday to Ahmad Syairazi Afnan!
Happy Birthday to  you ! *tersenyum* *tiupp lilin*
           Allah Selamatkan kamu sayaanggg~ *Senyum terharu*
Haha , syok sendiri . Ada nampak macam seronok tak? Hurm , berangan jelahh. Sebab birthday dia masa exam SPM . Tak dapat nak buat pape sebab kitorang punn ~ Hurmm . Nak tahu tak , aku on lah Fb dia , and ternampak dia chat dengan ex dia . Okay sakit hati kay , sakit hati ! Takpelahh , birthday boy lah katakan . Layan lah berapa banyak girl pun yang awak nak layan . Saya takde hak nak halang awak . Awak nak call sape awak call lah . Saya happy tengok awak happy , Jyeahh ! Last from me , Happy Birthday To you sayang ! Semoga kau dapat apa yang kau nak dalam hidup kau .
                   

                                                                  Lots of love : Umi Amira Bakirudin ♥

Mutiara kata :')
Saturday, November 10, 2012 | 8:15 PM | 0 BlackWhite


Biarkan aku bercinta,
Selayak Rasul dan Khadijah,
Jangan Biarkan diriku,
Sekedar ingin berkuasa atas dirinya.
Aku lemah tanpanya, aku akan jatuh tanpanya.
karena aku tahu agamaku hanya akan sempurna bersamanya :')

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukainya, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cubaa menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita sama seperti kita mendoakan kedua ibubapa kita.

Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan.

Dalam sebuah perhubungan, janganlah kamu sesali perpisahan tetapi sesalilah pertemuan. Karena tanpa pertemuan tidak akan ada perpisahan.

Orang yang berpikiran negatif selalu melihat kesulitan dalam setiap kesempatan, Sedangkan orang berjaya selalu mencari kesempatan dalam setiap kesulitan.

 Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin sekiranya cintanya disambut oleh pecinta palsu.

 Lebih mudah untuk melawan ribuan orang bersenjata lengkap dibandingkan melawan kesombongan diri sendiri. 

Apa yang anda lakukan hari ini, merupakan kunci kebaikan ataupun kehancuran hari. Oleh itu, cuba lakukan yang terbaik untuk hari ini. 

Hal tersulit dalam kehidupan ini bukanlah untuk melampaui orang lain, tetapi melampaui ego dan diri kita sendiri. 

Banggalah pada dirimu sendiri, Meski ada yang tak Menyukai. Kadang mereka membenci karena Mereka tak mampu menjadi seperti dirimu.

Sukses itu bagaikan bayangan, Semakin dikejar semakin menjauh. Jadi, abaikan hal itu dan jalanilah hidup apa adanya. Nescaya sukses akan mengikutimu.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan, Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan. 

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati. 

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cobaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan. 

Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya. Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali. 

Jangan terburu-buru dalam cinta. Lebih baik menunggu seseorang yg tepat bagi hidupmu selamanya daripada hanya sementara.

Belajarlah dari mereka di atasmu. Nikmati hidup bersama mereka di sampingmu. Jangan cuba remehkan mereka di bawahmu. 

Kadang kadang kamu terlalu memikirkan indahnya masa lalu hingga menutup diri saat ini. Lupakan mereka, temukan bahagiamu.

Kalau kita tidak boleh mencegah atau menghapus perasaan. Cuba kita kendalikan perasaan itu.

Masa lalu memang menyimpan banyak kenangan, namun itu bukan alasan untuk tidak terus melangkah ke depan.
  



Banyak hal dalam hidup ini yg boleh membahagiakanmu, namun tak ada yg lebih bahagia daripada cinta dari seseorang yg kamu cintai.

To my lovelyy , i'm really love you from my deep heart. Kalau awak lebih bahagia bukan bersama saya, saya terima dan saya rela lepaskan awak asalkan ianya boleh membuat awak tersenyum kembali :) 1,4,3 AhSyai :)


Kenangan itu indah :')
| 4:30 AM | 0 BlackWhite
Bismillahirohmannirohim . Thanks to becoming here :')
Hai awak awak !! Lambai tangan cepat? Haha . Eh kejap kejap , awat hang dok lagu ni? Monyok je rupa ehkau? Cuba hang  senyum sikit , dok elok kalau senyum lagu tuhh . cak cak? Hah udah rupa badut sarkes pulok? Haha , saje je nak gimik macam tuh , tak suka lah kalau hang pa suma dok singgah blog sini , muka readers semua macam muka aku yang belum tidur lagi ni . Korang tahuu tak sekarang dah pukul berapa? Haha , mesti lah tak tahu kan? Tapi kalau korang dok tahu pun, mesti dah lain masa nya dengan aku sekarang ni  . Hurm , pukul 4.45A.M mengikut waktu Kuala Lumpur , kalau waktu lain , dah pagi kot :') Bermakna lagi berapa minit nak pukul 5.00? Hah? Aku pun terkejut tengok jam dah  nak pukul 5 . Hee, aku just nak inform yang aku belum tidur lagi weyy , padahal tengah demam ni . Demam waktu kemuncak exam SPM . Entah pehal entah aku pun tak tahu . Tapi bila fikirkan balik , mungkin tuhan nak bagi hikmah buat aku waktu aku tengah menempuh ujian hidup? kebiasaannya Dia akan uji umat yang dia sayang waktu umatnya teramat memerlukannya :') Dan ganjarannya amat besar buat umatnya yang sabar :) How Beautifulpeace is Islam? #ThinkThatSyg~  :'(  *Tarik nafas? lepas! Tarik nafas lagiii, ok lepas!!*  :')

For this tittle post , like to talk with you all about someone who i think right now :')
I'm seriouslly miss and love him damn much and so so so much ! Hanya Allah dan kedua-dua malaikat
 di kanan kiri bahu aku sahaja yang tahu betapa aku terlalu rindukan dia?!! Awak , kita tak macam couple lain kan? Yang selalu bertexting setiap masa , call untuk dengar suara setiap minit , On the phone berjam jam lamanya , dan berdating tak kira hujan panasnya , Haha . Kita couple yang cool je kan sayang? Texting bila perlu dan kekadang je kan? Gayut kalau sempat dan jumpa bila berkesempatan :) But , We Always in love  kan? Tak jadik halangan pun semua tuh buat kita? Kan kan? Huwaaaaa :'(
Biy , doakan semoga cepat cepat lha SPM habis! biar kureng sikit tekanan yang membelenggu syg ni? Tak sanggup dah rasanya menahan azab seksaan rindu ni . Bila rindukan b , syg selalu mengadu dekat Allah , menangis dan berharap yang b jugak rasa rindu yang sama macam syg rasa ? Hm, Tadi Otp peh dapat kejap je? :/ Maafkan sayang ehh b , akak bising and akak nak henpon dia . Huh , kedekuuuuuuuuutt ! *Duckface*

Awak, cinta itu ibarat bermain monopoli kan wak?  :')  kenapa? Cuba fahamkan , apabila kita mendapat giliran untuk menetukan nasib kita, kita mesti ingin dapat yang lebih baik dari orang lain kan? Bila kita gagal dapat apa yang kita nak, kita mesti cuba,cuba dan terus mencuba sehingga kita dapat sesuatu yang kita yakin boleh kuasai. Bila kita dah sewa tempat tuh, kita mesti taknak bagi orang lain masuk ke tempat kita kan? Sebab tuhh kawasan kita, kita letak harga yang mahal sebab kita taknak orang lain ambil hak kita! Siapa yang berani masuk, kena denda kan? Dan orang lain mesti takut nak masuk kawasan kita sebab diorang dah nampak itu hak kita. Ianya seumpama dengan cinta kita kann? Saya dah beli hati awak dan orang lain tak boleh ambil awak dari saya sebab awak hak saya! Awak dah masuk ke kawasan hati saya, so duduk diam diam dalam hati saya. Jangan pergi mana mana kay sayang? :')
Bila cinta kita dimasuki orang ketiga, kita mesti kukuh dan pertahankan hubungan ni. Kita kena yakin dengan perasaan masing masing :')

B , insyallah kalau kita memang dah ditakdirkan , pasti ada ruang untuk kita bersama. pasti ada sinar kebahagian buat kita. Memang saya tahu saya selalu sakitkan hati awak, buat awak kecewa dan cakap benda yang awak tak suka, tapi itu tak bermakna saya akan terus tarik muka dengan awak macam yang selalu awak buat dekat saya? Saya tak jadi nak merajuk bila tengok awak pun turut merajuk dengan saya. Kita nak dia pujuk kita alang-alang dia pun merajuk jugak? Haha . Waktu pagi-pagi macam ni terasa rindu sangat dengan dia, ya allah hati aku meronta rindu kan dia :'/  Awak mesti dah tidurkan sayang?

Saya ingat lagi waktu awak tidur dekat rumah Fariena? Masa tuhh saya tengah masak nasi goreng untuk kita makan. fariena pergi dapur cakap awak dah tidur. saya  cakap 'jangan kacau awak!' And then waktu kita nak makan, saya kejutkan awak bangun :') Saya usap rambut awak. saya cium dahi awak. saya tatap muka awak suruh awak bangun :'/ semua tuhh masih jelas di mata saya wak. Kita makan sama-sama. Kita tengok movie sama sama, belajar sama sama, kongsi earphone sebelah sebelah. dengar lagu sama sama, main main mata, merajuk dengan awak, pukul awak, cubit awak, huwaaa :'(  saya layan awak dah macam 'laki' saya dah. Mas pun cakap macam tuhh. haha. Awak ingat lagi kan? Yang tak boleh blahhnya saya Terbuatkan awak air kopi? Haha sedangkan awak tak minum punn! sama lah saya, saya memang tak minum kayy air kopi, erkk~  Sorry taw wak, saya salah dengarlah wak :/

Where ever you are, please watch yourself couse you're so mean to me :')
Saya tak pernah pandang rupa paras , dan saya tak pernah cakap keburukan awak. sebab saya terima awak seadanya. Happy and enjoy dengan diri dan kehidupan awak kayy? Saya tahu awak bahagia dengan diorang . so saya mampu doa yang awak baik-baik sahaja :') saya minta diri dulu kayy. saya dah janji dengan awak nak makan ubat, tapi saya taknak. maaf wak :/
saya nak tidur dah ni,  nites and goodmorningg you all :')
Assalamualaikum .









Wishh me luck guys :*
Friday, November 2, 2012 | 10:10 AM | 0 BlackWhite
Hai geng , kami yang seangkatan setentera dan sepasukan iaitu batch 95 ingin menuju Medan SPM . Doakan perjuangan , peperangan dan pertempuhan kami kayy? I love youuu all :*



Haha, kami gila sekejap . Ni lah kenangan waktu hari Q :')

Masa study dekat tanjung with Haziq, Elsa, Acap, Mas, Fariena and aku :)


 Ok, wishh me luck luck luck and can do the best kay :)



143 only youu :*  Sempoiii~

Ok tataaaaaa~




Older Post | Newer Post